Panggilan dan persidangan video Kamera web

Kelahiran langsung: pada Julai 2004 NCO perkhidmatan bersenjata mampu melihat kelahiran anaknya melalui webcam di Internet

Ketika keupayaan webcam telah ditambah kepada instant messaging, perkhidmatan text chat services seperti AOL Instant Messenger, perhubungan video secara langsung satu dengan satu di Internet kini mencapai jutaan pengguna komputer peribadi di seluruh dunia. Kualiti video dipertingkat telah membantu webcam memasuki system persidangan video tradisi. Ciri-ciri baru seperti kawalan cahaya automatik, peningkatan masa sebenar (memperelok, menghilangkan kedutan dan meregang menegak), penjejak muka automatik dan fokos automatik membantu pengguna dengan memberikan amat mudah guna, dengan itu menjadikan webcam semakin popular.

Ciri-ciri webcam dan prestasinya berbeza menurut perisian komputer, system pengendaliannya, dan juga keupayaan unit pemproses pusat komputer. Sebagai contoh , 'video berkualiti tinggi' secara prinsipnya boleh digunakan kepada pengguna webcam Logitech tertentu sekiranya komputer mereka memiliki pemproses dwi-teras memenuhi spesifikasi tertentu. Sokongan panggilan video juga turut ditambah kepada beberapa perisian pemesejan segera popular.

Sesetengah tapak penyiar video di talian telah mengambil peluang teknologi ini bagi mencipta program telivisen Internet berpusat pada dua atau lebih orang "diavlog" sesame sendiri dari lokasi berlainan. Antara lain, BloggingHeads.tv menggunakan teknologi ini bagi membolehkan perbualan antara pemberita, pakar sains, pemblog, dan ahli falsafah terkenal.